Saturday, 9 August 2014 | 19:03 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia !Hari kemerdekaan sudah semakin hampir, so kesempatan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang bendera kebangsaan kita iaitu "Jalur Gemilang" . Semakin hampir dengan Hari Kemerdekaan, semakin banyak lah bendera-bendera jalur gemilang berkibar.
Okay, disini saya ingin menceritakan bagaimana, dimana, bila, siapakah, apakah, kenapa bendera Jalur Gemilang dicipta.
Kita mula dengan,
Sejarah penerimaan Bendera
Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di
mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan
membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.
Satu
pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil
bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Rekabentuk
pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh
11 bintang pecah lima.
Rekabentuk
kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu
disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
Rekabentuk
ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning
di bahagian tepi kiri.
Majlis
Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada
ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh
akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November
1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk
tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin
Hamzah.
Rekabentuk
tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis
Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan
Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:
"That
in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be
as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in
colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent
and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag
to be six feet by three feet."
Rekabentuk
bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu
majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri
oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Semasa Dikibarkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bendera Malaysia adalah berasal
dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan
Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk
Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi
menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman
Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan
sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan
rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16
September 1963.
Sungguhpun
Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan
bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.
JALUR
GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat
Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam
31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.