Sweet Potato
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, 9 August 2014 | 18:56 | 0 Atasinchi
Bendera Jalur Gemilang mempunyai lambang-lambang yg tersendiri dan setiap lambang mempunyai maksud yang tersendiri bukan nya mereka cipta Jalur Gemilang sesuka hati mereka je. okay, saya akan terangkan satu demi satu maksud bagi lambang-lambang tersebut.

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya) , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:

1.      Johor

2.      Kedah

3.      Kelantan

4.      Melaka

5.      Negeri Sembilan

6.      Pahang

7.      Pulau Pinang

8.      Perak

9.      Perlis

10.  Sabah

11.  Sarawak

12.  Selangor

13.  Terengganu

14.  Kerajaan Persekutuan

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
 
 
 
 
 

 
 
 
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsadan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Itulah serba sedikit keterangan tentang lambang dan simbol yang ada pada Jalur Gemilang.
 
 

 
 
 

 
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕


Holla ! bumi ini berputar mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi .. dalam hidup kita bukan semua indah dan bukan semua duka :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕

Put your cbox code here.

_______________________________________
◕ It' Me ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google